Malay
Misi
Mesej dari Ketua Jabatan Bahasa Ibunda
-
Guru Alamat e-mel Cikgu Muliana Mohammad muliana_mohammad@moe.edu.sg Cikgu Mas’linda Mas’od maslinda_masod@moe.edu.sg Cikgu Aswati Mohd Shariff aswati_mohd_shariff@moe.edu.sg Cikgu Sharizah Kordi sharizah_kordi@moe.edu.sg Cikgu Muhd Faizrin bin Hashim muhammad_faizrin_hashi@moe.edu.sg -
Aktiviti Dwi Minggu Bahasa Ibunda
Tahun ini, murid-murid P1-P6 telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti berunsur bahasa dan budaya Melayu. Guru-guru Bahasa Melayu telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik dan peraduan-peraduan seperti Peraduan Menyanyi, Pembuatan Wayang Kulit, Peraduan E-Buku, darmawisata dan banyak lagi.Di samping mengecap keseronokan mempelajari bahasa dan budaya Melayu, murid-murid ternyata meraih pengalaman dan manfaat serta menambah keyakinan diri.
-
Sesi Pertemuan Ibu Bapa - Penggal 1, Januari
Januari lalu, Sekolah Rendah Jiemin telah menganjurkan sesi pertemuan yang pertama dengan ibu bapa kepada murid-murid dalam Darjah 1 hingga 6. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa dan waris yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menemui kami. Kami mengharapkan lebih ramai ibu bapa atau waris untuk hadir dan berinteraksi dengan guru-guru Bahasa Melayu anak/waris anda pada sesi-sesi pertemuan yang akan datang. Dengan kerjasama dan usaha mengutuhkan hubungan ini, mudah-mudahan akhlak anak/waris anda terbina positif dan pembelajaran Bahasa Melayu anak/waris anda akan lebih maju. Sekiranya anda mempunyai cadangan mahupun kata-kata pujian untuk guru-guru kami, harap hubungi kami menerusi alamat e-mel. Marilah sama-sama kita bekerjasama dan saling menyokong pembelajaran anak-anak bangsa Melayu agar mereka dapat menjadi insan yang berwawasan dan berbangga dengan jati diri sebagai pengguna Bahasa Melayu.
-
Peraduan Penulisan Kreatif
Lima orang murid daripada darjah 4 hingga 6 telah mengambil bahagian dalam Peraduan Karya Minda Kreatif 2013 peringkat Nasional anjuran EDN Media Pte Ltd. Tahniah diucapkan kepada para penulis muda Jiemin. Kami bangga dengan pencapaian kamu.
Nama Peserta Kelas Anugerah Bazil Basyar Bin Mohd Zihan P6 Diligence Emas Elly Nasriah Binte Ramlee P5 Honesty Emas Siti Salwa Rozarita Binte Abdul Zailani P6 Honesty Perak Andri Mairanu/Oh Jian Chong P6 Kindness Perak Nur Wardah Umairah Bte Hafize P4 Kindness Perak